15 Februari – Pembinaan 4 blok bangunan baharu akademik Pusat Pendidikan Al-Itqan yang telah memulakan proses pembinaannya pada April 2021 telah menunjukkan hasilnya apabila blok pertama bangunan baharu telah mencapai 75 peratus siap. Disamping itu, bangunan kedua daripada 4 buah blok bangunan sedang giat dalam proses pembinaannya dan dijangka siap keseluruhannya pada Ogos 2022. Walaubagaimanapun, dua buah blok akademik berhampiran dengan bangunan asal Sekolah Menengah Al-Itqan sedang giat dalam proses memasang asas cerucuk.



Pada April 2021, Ketua Menteri Pulau Pinang, Yb Tuan Chow Kon Yeow telah merasmikan pembinaan 4 buah bangunan blok akademik baharu Pusat Pendidikan Al-Itqan. Bangunan baharu ini akan menempatkan 1500 orang pelajar daripada pelajar Sekolah Rendah dan juga Menengah. Selain itu, ianya dijangkakan akan memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 60 orang guru dan staf nanti. Pada ucapan perasmian oleh Yb Ketua Menteri menyatakan dengan tegas bahawa proses pembinaan 4 blok bangunan baharu ini akan selesai pada Disember 2022 dan dijangka dapat digunakan pada awal tahun 2023.

Kerajaan Pulau Pinang melalui usahasama syarikat Ideal Property melalui program tanggungjawab sosial korporat telah menyumbangkan pembinaan 4 blok bangunan baharu Pusat Pendidikan Al-Itqan. Kerjasama ini merupakan suatu kerjasamasama jangka panjang antara Kerajaan Pulau Pinang, Pusat Pendidikan Al-Itqan serta Ideal Property dalam menyediakan bangunan yang unggul kepada pendidikan di Pulau Pinang.
Walaubagaimanapun, Pusat Pendidikan Al-Itqan masih memerlukan sejumlah wang melalui sumbangan daripada orang ramai serta kerjasama korporat dalam menyediakan prasarana pendidikan yang lengkap. Keseluruhan sumbangan yang diperlukan adalah sebanyak RM5 Juta dan projek ini telah dibahagikan kepada tiga fasa utama. Fasa yang pertama merangkumi prasarana 25 buah kelas dengan menyediakan alatan seperti meja dan kerusi pelajar, set komputer, papan putih serta projektor. Keseluruhan sumbangan yang diperlukan bagi fasa 1 adalah RM 500,000. Antara prasarananya adalah alatan didalam kelas seperti meja dan kerusi para pelajar, Fasa kedua memerlukan RM 2.5 Juta yang akan bermula pada Januari 2023 merangkumi alatan 2 buah perpustakaan. 1 buah perpustakaan digital, prasarana lengkap pejabat pengurusan, prasarana bilik guru, 2 buah makmal fizik dan biologi, prasarana 25 buah baki kelas dan lain-lain. Fasa terakhir akan dimulakan pada awal Januari 2024 yang akan mengumpulkan sumbangan sebanyak RM2.5 Juta yang akan merangkumi penyediaan prasarana seperti 3 buah bilik mesyuarat, 2 bilik persidangan, Gimnasium, 2 bilik kegiatan guru, 2 bilik tayangan, 2 buah dewan, 1 buah pusat inovasi dan sains serta 2 buah makmal.
Pusat Pendidikan Al-Itqan memerlukan sumbangan anda semua dalam merealisasikan sebuah pusat pendidikan yang unggul dengan keperluan prasarana yang lengkap. Setiap sumbangan anda dapat merealisasikan hasrat Pusat Pendidikan Al-Itqan.

Recent Comments