VISI Al-Itqan
“AL-ITQAN MELAHIRKAN INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN HOLISTIK”
Fasiliti Unggul
Kami komited menyediakan persekitaran untuk pelajar terus berkembang dan berjaya
Sejak penubuhannya pada tahun 1998, Pusat Pendidikan Al-Itqan terus meletakkan agenda utamanya iaitu memperkasakan budaya ilmu dengan meningkatkan fasiliti pembelajaran dan pengajaran di setiap institusi kelolaan Al-Itqan.
Al-Itqan percaya bahawa budaya baharu dalam pendidikan perlu diangkat selaras dengan keperluan dan kehendak semasa daripada global. Pembentukan minda para pelajar dan guru harus merubah kearah berdaya saing dengan mengangkat pemikiran dalam berfikir supaya matlamat membina generasi rabbani tercapai.
Moto Al-Itqan
Kami membina generasi rabbani
Taska Amal Intelek menyediakan pendidikan awal kanak-kanak seawal usia 1 tahun. Peringkat ini para pelajar akan fokus kepada kemahiran kendiri dan pengurusan diri. Ianya juga akan fokus kepada penguasaan asas pertuturan.
Transisi daripada taska ke tadis Amal Intelek daripada umur 4 tahun ke 6 tahun. pada peringkat ini pelajar akan ditekankan tentang penguasaan bahasa, mengira serta menulis. Selain itu, pelajar akan diberi peluang untuk terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum
Sekolah Rendah Al-Itqan akan meneruskan transisi pengajaran pendidikan pelajar daripada umur 7 tahun hingga 12 tahun. Pada peringkat ini, pelajar akan ditekankan dengan penguasaan lanjutan bahasa. Selain itu, pendidikan yang berpusatkan pelajar akan diaplikasi dan dibudayakan.
Peringkat akhir pendidikan Al-Itqan akan bermula di Sekolah Menengah Al-Itqan. Disitu para pelajar akan dididik menjadi generasi rabbani unggul sebelum melangkah kealam realiti yang lebih mencabar. Penerusan pembudayaan dan pengaplikasi pembelajaran yang berpusat pelajar akan terus digiatkan.
mesej daripada
Pengerusi kami
Fokus Pusat Pendidikan Al-Itqan adalah tertumpu untuk membina generasi bagi menghadapi realiti abad ke-21. Generasi yang dimaksudkan adalah individu yang mempunyai prinsip jati diri yang terunggul, berakhlak mulia, bijaksana, cintakan ilmu serta berkemahiran global dan juga mempunyai tanggungjawab. Dalam masa yang sama Al-Itqan kekal mengambil pendekatan yang holistik dalam mengintegrasi dengan ilmu agama dan juga akademik bagi menyahut cabaran abad ke-21.
Bangunan baharu Al-itqan
Lakaran Kompleks Pusat Pendidikan Al-Itqan
Testimoni
Apa pendapat Ibubapa tentang Al-Itqan
“Persekitaran yang terjaga amat penting dalam membentuk peribadi akhlak seseorang individu. Kanak-kanak lebih mudah belajar dan meniru semua perkara, oleh itu amat penting biah yang soleh. Lagi-lagi masa yang diluangkan disekolah adalah lama. Laburkan sedikit wang untuk hantar ke sini demi masa depan anak-anak soleh dan solehah.“
Berjaya membentuk sahsiah dan akhlak anak2 .keakraban warga pendidik dengan pelajar banyak menjadikan pelajar2 di sini mempunya disiplin yg amat baik.syukur…hasil didikkan di sini…kini anak sulung saya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Alhamdulillah.. Pusat Pendidikan Al-Itqan xpernah menghampakan. pilihan terbaik buat semua IbuBapa. Pendidikan yang lengkap untuk anak2. Semoga Al-Itqan terus cemerlang dan dikenali ramai.
Pelajar
Guru dan Staf
Institusi
Tahun Penubuhan
Bersama kami
Lokasi : 459, Jalan Kampung, Masjid Teluk Kumbar, 11920, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Telefon : 04-649-1158
Email: pentadbiran@alitqan.edu.my
Masa : Isnin-Jumaat : 8am – 5.00pm